peka 

Menyedari dan menginsafi bahawa:

Maka dengan ini, kami menyeru agar

MAHASISWA 

Maka dengan ini, kami mendesak agar

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 

    1. Perumahan dan penempatan pelajar
    2. Perkhidmatan pengangkutan bas (kampus & kawasan perumahan) supaya tidak terhalang kelancaran kegiatan akademik seperti kelewatan menghadiri kuliah.
    3. Penyalahgunaan dewan kuliah bagi kegiatan bukan akademik  

Maka dengan ini, kami menggesa agar

 PIHAK PENTADBIRAN


Keratan Akhbar

Berita Harian 8 Disember 1997

Pelajar ke luar negara dikurangkan

PETALING JAYA, Ahad - Penghantaran pelajar tajaan kerajaan ke luar negara akan dikurangkan sehingga 80 peratus tahun depan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai pembatalan itu dan mereka akan diserapkan dalam institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan. Sebahagian besar pelajar itu akan diserapkan ke universiti swasta, manakala Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menyediakan 1,000 tempat untuk pelajar tajaan Mara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun depan.

Menurutnya, pelajar yang sedang mengikuti program di Pusat Persediaan Pelajar Institut Teknologi Mara kemungkinan diberi tawaran meneruskan pengajian di institut itu kerana ia kini menawarkan kursus ijazah. "Kita akan mengurangkan pelajar ke luar negara dalam bilangan yang agak besar. Kita hanya hantar sebilangan kecil pelajar untuk program tertentu. Contohnya, penghantaran pelajar yang membabitkan memorandum persefahaman (MoU); program Dasar Pandang Ke Timur; Program Khas; serta pelajar tahun akhir yang tidak dapat diterima dalam sistem pendidikan tempatan. "Ini bukan bererti kita mengurangkan bilangan pelajar yang ditaja kerajaan. Kita tidak lupa ramai pelajar Bumiputera memerlukan pembiayaan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Kebajikan Anak-Anak Yatim (Kebatim) 97, di sini hari ini.