Make your own free website on Tripod.com
Berita Harian Online
Rabu 21 Januari 1998 22 Ramadan 1418
Alhamdulillah Kita Berpuasa

Ulama Indonesia haramkan spekulasi mata wang

JAKARTA, Selasa - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa tindakan menjadikan mata wang sebagai komoditi perdagangan bertujuan meraih keuntungan sepihak serta menjurus kepada tindakan spekulasi, haram hukumnya.

"Keupayaan mengubah fungsi mata wang dari alat pertukaran menjadi komoditi dengan tujuan merugikan pihak lain adalah haram," kata Ketua Umum MUI, KH Hasan Basri seperti dilaporkan beberapa akhbar harian hari ini.

MUI menyeru seluruh lapisan masyarakat yang menyimpan dolar Amerika dengan niat memperolehi keuntungan besar menerusi perubahan nilai tukaran asing agar menukarnya kepa-

da rupiah.

Krisis kepercayaan terhadap mata wang rupiah menyebabkan nilai mata wang itu menjunam berbanding dolar Amerika sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Spekulator mata wang antara dituduh menjadi punca krisis ekonomi yang dialami sebahagian besar negara di Asia Tenggara kini. - Bernama

[ Muka Depan | Berita | Editorial | Bisnes | Hiburan | Sukan ]