sejarah latarbelakang penubuhan

Sejarah kepimpinan masyarakat dan negara adalah sebahagian besar didukungi oleh bekas-bekas pelajar yang berwibawa sejak di kampus lagi. Fenomena ini akan terus berlaku pada masa-masa akan datang. Malahan pimpinan masa akan datang bukan sahaja akan bercirikan pimpinan yang berkualiti, intelektual tetapi juga berakhlak mulia.

Memahami dan menyakini bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin dan pemimpin pula boleh diserlahkan melalui program latihan yang sistematik, yang boleh membimbing mahasiswa ke arah kecemerlangan. Kecemerlangan itu dilihat dari segi peningkatan ke tahap yang lebih baik dari tahap yang sebelumnya. Menyedari akan hakikat ini, maka Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) ditubuhkan.

KBM ditubuhkan dengan inisiatif beberapa orang pensyarah dan pelajar yang merasakan keadaan di UPM pada ketika itu memerlukan kepada suatu bentuk reformasi dari segi pembentukan akal budi seseorang mahasiswa yang luhur. KBM di tubuhkan pada 1 April 1991. Kini usianya sudah menjangkau 7 tahun (1998) dan semakin matang dalam mengharungi arus perdana terutamanya di dalam konteks kampus Universiti Putra Malaysia ini sendiri.