Make your own free website on Tripod.com

 

200,000 klon manusia boleh dikeluarkan setahun

CHICAGO 9 Jan. _ Saintis Richard Seed berkata semalam, beliau menjangkakan pengeluaran hampir 200,000 klon manusia dalam tempoh setahun sebaik sahaja proses pengklonan yang diusahakannya berjalan lancar.

Menurutnya, harga setiap klon akan menjadi lebih murah berbanding kos AS$1 juta (RM4.6 juta) untuk klon pertama.

''Ketika saya berumur tujuh tahun, saya sangat pintar dan gila-gila. Saya tidak kisah dipanggil sebagai gila,'' kata saintis berumur 69 tahun itu, dalam sidang media yang pertama, sejak beliau menggemparkan dunia pada minggu ini apabila menyatakan kesediaannya untuk mengklon manusia.

Seed berkata, pasaran awal untuk klon manusia ialah 10 hingga 15 peratus daripada pasangan mandul yang tidak dapat menerima kaedah alternatif seperti bayi tabung uji atau penggunaan ibu tumpang.

Di Amerika Syarikat (AS), katanya, jumlah itu mungkin mewakili maksimum 5,000 hingga 10,000 pasangan.

''Pada pendapat saya, ia akan menjadi 200,000 (pasangan) setahun,'' katanya.

Beliau berkata, tidak banyak keuntungan yang dapat dibuat pada klon manusia yang pertama kerana kosnya berjumlah kira-kira AS$1 juta. _ Reuters.